Adakah aku seorang pelupa???

Ermmm……

Hari ni seperti biasa mcm hari2 biasa (cuma beza hari ni pose ye) aku kuar rumah sblm pukul 7   untuk hantar anak aku pi umah org yg jaga dia and then terus pi opis. Dgn langkah bergaya aku kuar umah, masuk kereta start engine bila Pn.Mama and Danish masuk je terus jln. Sampai kat umah org yg jaga Danish aku mcm biasa buka pintu belakang amik beg dia. Tp bila aku buka je tgk2 kosong. Takde beg pun. Wahhh…mana plak beg ni. Takkan lari kot..Arghhh…rupa2nye aku terlupa nak amik beg dia td. Pn.Mama sudah bising sbb beg danish takde. So aku dgn cool bg tahu takpelah..dlm tu cuma baju2 dgn alat mainan dia je. Kat umah ni pun ada baju lg. So reda sikit. Itu perkara pertama aku lupa hari ni.

Bila masuk je dlm umah org yg jaga Danish, Pn.Mama tanya plak pada aku. “Abg, susu Danish td dalam tupperware td abg amik tak?”.. “Aiikkk..susu mana plak ni? “ jawab aku. “Susu Danish yg ayang beli semalam lah. Kan sblm kuar tadi ayang dah pesan suh bawa sekali”. Alamak aku lupa lagi… arghhh…nape bole lupa plak ni. Pastu time ni plak kat umah org yg jg Danish ni plak susu dah habis tu yg nak top up tu. So nak taknak terpaksa aku runner kejap pi kedai beli susu… Itu perkara kedua aku lupa hari ni.

Aku pun start keta pi cari kedai berhampiran nak beli susu. Nasib baik ada kedai dekat2 yg dah buka. Aku berlari masuk kedai and amik susu pi kaunter. Bila time nak bayar plak, buka je wallet ada RM7 hinggit je…waargghhh….. aku lupa lg..Semalam pi shopping beli barang dapur so lps beli brg dapur aku plan pg ni nak pi ATM nak cucuk duit..tp lupa plak… menggelabah aku nak cari duit nak bayar ni.. ATM jauhlah plak.. Takkan nak gadai jam atau nak kena pi belakang basuh pinggan. Tapi nasib baik aku mmg ada spare duit kat dalam kereta untuk kecemasan mcm ni.So aku pi ke kereta amik duit and bayar..fuhhh..selamat..nasib baik bukan awek cun yg jaga kaunter..kalau tak naye aku.. argghhh… Itu perkara ketiga aku lupa hari ni.

Mencabar sungguh pagi2 ni. Harap2 takdelah benda lain yg aku lupa. Mana tahukan..kang check2 rupa2 nye suar kecik yg ada gambar beruang koula kat belakang pun aku lupa pakai ke apa ke…warrgghhh naye tu… addooiii…aaiii..he..he..he.. 🙂

Advertisements

14 responses to “Adakah aku seorang pelupa???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: